Bekas penyerang skuad kebangsaan Itali, Luca Toni memberikan nasihat kepada legenda hidup yang kini bersama AC Milan, Zlatan Ibrahimovic supaya tidak terlalu memaksa dirinya untuk terus beraksi.

Pada usia 40 tahun, Ibrahimovic masih mampu mengerah kudratnya sekali gus telah membuat 23 penampilan pada musim ini dan berjaya meledakkan lapan gol dalam saingan Serie A.

Namun, pada usia sebegitu beliau kelihatan semakin bergelut untuk berada di tahap terbaik ekoran kecederaan terbaharu dialaminya. Sebaik sahaja pulih daripada masalah Achilles tendon, beliau kini berhadapan kecederaan lutut pula.

Keadaan yang jelas bagi Toni bahawa pemain kelahiran Malmo, Sweden itu perlu berkira-kira bagi mempertimbangkan keputusan untuk mengumumkan persaraan.

“Setelah cerita [kecederaan] yang terjadi antara Ibrahimovic dan Milan, saya mengharapkan agar Zlatan mengambil keputusan akhir [untuk bersara],” ujar Toni menurut laporan Goal Indonesia.

“Dia adalah seorang juara dan boleh memilih apa sahaja yang dia mesti lakukan. Dia juga boleh untuk menamatkan karier sebagai watak protagonis, mengingatkan apa yang mewakili dirinya.”

“Saya ingin memberitahu dia untuk terus beraksi selama yang dia mahukan. Jika dia sudah tidak mampu lakukan, dia tidak akan bermain pada tahap terbaik. Lebih baik dia menamatkan segalanya.”

“Amat menyediahkan sekiranya melihat seorang juara yang tidak memiliki minit permainan yang mencukupi atau tidak memenuhi tugasnya.”

“Pemain seperti dia perlu sentiasa berada di puncak, sebagaimana sepanjang kariernya,” tambah Toni lagi.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak seluruh dunia melalui pautan dibawah.

ACL 2022: Farizal Marlias Belum Pasti Diturunkan Berdepan Guangzhou FC

UEFA Keluarkan Rakaman Video Pemain Atletico Dan Manchester City Bergaduh Di Terowong

Tuchel Kecam Pengadil Selamba Berseronok Dengan Ancelotti & Takut Dengan Real Madrid